Usahlah berbalah lagi, tumpu untuk kebajikan rakyat nasihat Muhyiddin kepada PKR

Apa nak buat, beginilah keadaan bila parti yang paling banyak kerusi sudah berpecah dua dan perbalahan antara kem Azmin dan Anwar memalit imej negatif terhadap Pakatan Harapan.

Masalah paling besar, Azmin dan Anwar mempunyai pengikut tegarnya sendiri, pada pendapat penulis, perbalahan mereka ini saja nak tunjuk kepada umum, kem mana lebih kuat, mustahil Azmin dan Zuraida dipecat dari PKR.

Anwar tidak akan berani untuk memecat mereka berdua kerana pengaruh mereka terlalu kuat. Silap hari bulan boleh runtuh kuasa Pakatan Harapan di Putrajaya.

Jadi Muhyiddin memberi nasihat, usahlah bergaduh lagi, kembalilah berbaik, namun bila melihat kes salah laku Anwar yang terpalit pula dengan isu serangan seksual, boleh dikatakan drama perbalahan ini tidak akan terhenti.

Ia akan berlarutan sampai Anwar sah menjadi Perdana Menteri ke-8.

Kita tunggu sahaja perjalanan drama opera puak PKR dan Pakatan Harapan ini.

Muhyiddin gesa pemimpin PH henti berbalah, tumpu kebajikan rakyat

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya pemberita berkenaan pergeseran antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali.

“Saya tidak mahu petik pemimpin mana….Sebaik mungkin lupakan sengketa, cari jalan terbaik, wujudkan kerjasama (dan) perpaduan yang boleh bantu kita melaksanakan amanah rakyat dengan lebih berkesan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Presiden Bersatu itu juga berkata jalan terbaik adalah mencari penyelesaian secepat mungkin untuk menamatkan masalah dalaman sesuatu parti.

“Sebagai pimpinan dalam PH, mungkin bukan saya saja, kita kongsi pandangan dan sentimen yang sama. Sebaik mungkin tidak ada masalah dalaman parti atau komponen PH.

“Dan kalaupun berbangkit, cari penyelesaian dan lagi cepat lagi baik, kerana yang ditumpu oleh rakyat adalah komponen PH dalam kerajaan.

“Mereka nak lihat kerja kita bukan sengketa sesama sendiri,” katanya lagi.

Muhyiddin mengakui meskipun kerajaan telah memulakan banyak inisiatif untuk kebajikan rakyat dan menyediakan peluang pekerjaan, mereka masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Baca selanjutnya Malaysiakini

Terkini

Berita Berkaitan