Wednesday, June 7, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

UMNO tak tahu mengenai pembatalan Ordinan Darurat – Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO tidak mengetahui Ordinan Darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai lalu walaupun ada segelintir ahli Parlimen UMNO menyertai kerajaan.

“Ini antara bukti mengapa UMNO tidak boleh dikait dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan. Ianya kerana Ahli Parlimen dari UMNO terbabit bekerja untuk Kerajaan Persekutuan bernama Perikatan Nasional (PN).

“Bukan lagi Kerajaan Persekutuan bernama Barisan Nasional (BN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 angkara fitnah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan ia ibarat sukan apabila pemain pasukan ‘A’ diimport dan dibayar bermain untuk pasukan ‘B’.

Persoalannya, jika pasukan B gagal adakah pasukan A juga perlu dipersalahkan, soalnya.

“Ini dua organisasi yang berbeza, pengurusan berbeza, cara dan falsafahnya juga berbeza,” katanya.- MalaysiaGazette

Berkaitan