Saturday, September 23, 2023

Ucapan ‘super’ romantik Da’i Farhan untuk hari jadi Isteri tersayang

Cukup romantik, cukup terkesima melihat mereka berdua sangat bahagia dan romantik, kontroversi antara mereka berdua mungkin sudah reda.

Walaupun 18. 19 kali antara tagline paling popular digunakan, isu hak milik kereta yang tiba-tiba viral, isu doktor palsu dan macam-macam isu yang melanda kedua insan ini tidak melemahkan kebahagian rumahtangga mereka.

Jadi usahlah kita bersangka buruk, berkata bukan-bukan terhadap mereka, yang bahagia mereka, yang sakit hati kita, almaklumlah, bukan mudah nak jadi macam Da’i Farhan, ramai wanita mudah jatuh cinta kepadanya, jangan jadi macam penulis nak mengorat anak dara orang pun selalu kena rijek sahaja, apalah nasib…

Ucapan Sweet Da’i Farhan Untuk Hari Jadi Isteri Tersayang

Dari portal Rotikaya

Kontroversi rumah tangganya sudah semakin reda, baru-baru ini Da’i Nik Farhan memuat naik gambarnya bersama Dr Erin berserta ucapan manis dan istimewa sempena hari jadi isteri kesayangannya itu.

Perkara itu dikongsikan oleh Da’i Farhan menerusi Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, Da’i Farhan turut mengatakan tarikh 19 Disember adalah hari istimewa buat mereka berdua.

Da’i Farhan turut mendoakan isterinya itu dilimpari rezeki yang barakah serta berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Da’i Farhan turut memberi kata semangat kepada isterinya untuk terus memberi manfaat kepada masyarakat dalam dunia perubatan.

“Kenangan yang indah tercipta pada tarikh 19 haribulan ni..Sanah Helwah buat isteriku tercinta. Moga sentiasa disinari cahaya kebahagiaan dalam hidup, dilimpahkan rezeki yang barakah, sukses selalu dunia akhirat..Amiin..

“Teruskan semangat memberi manfaat pada masyarakat dalam dunia perubatan dan kesihatan. Abaikan kata-kata mereka yang iri hati dengan ketokohan sayang dalam bidang kedoktoran,” tulisnya.

Difahamkan, Da’i Farhan dan isteri kini sedang bercuti di Korea Selatan bersama kelapan-lapan anak daripada perkahwinan terdahulu Dr. Erin.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga pendakwah itu hangat diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik bekas isterinya mendakwa Da’i Farhan bernikah secara senyap-senyap.

Berkaitan