Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Twitter haramkan terus iklan berbaur politik

CALIFORNIA: Laman sosial terkenal dunia, Twitter Inc hari mengumumkan pihaknya akan mengharamkan apa-apa promosi atau iklan berbaur politik pada masa hadapan.

Ia termasuklah iklan untuk bahan promosi kepada calon politik, sebarang sokongan politik, rumusan atau matlamat berbaur politik terhadap mana-mana pihak selepas ini.

Ketua Eksekutif Twitter, Jack Dorsey yang mengumumkan peraturan itu berkata, ia akan berkuatkuasa pada 22 November ini.

“Kita sebenarnya percaya mesej-mesej politik ini boleh diperoleh dan bukanlah dibeli seperti iklan,” ujarnya.

Bula lalu, Twitter sudah mengumumkan perkara ini namun tidak memberikan maklumat terperinci berhubungnya.

Hari ini, Twitter telah memperincikan pengharaman iklan berkaitan politik di rangkaian sosial ini.

Secara terperinci, Twitter telah menggariskan kandungan politik termasuk berkaitan dengan calon, parti politik, pegawai kerajaan dilantik atau dipilih, pungutan suara pilihan raya, kiraan undi, perundangan, peraturan, arahan atau keputusan hakim.

Ini merupakan keputusan yang telah diambil Twitter berikutan tekanan diberikan ke atas media-media sosial supaya berhenti menerima iklan sebaran maklumat palsu terutamanya ketika musim Pilihan Raya.

Ini juga dikaitkan dengan kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang semakin hangat ketika ini.

Pesaing Twitter, Facebook pula belum memberikan kata putus berhubung iklan berbaur politik, sebaliknya bertegas tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak berhubung perkara ini. –MalaysiaGazette

Berkaitan