Tutup MARA? Biar betul…

Amat terkejut juga bila membaca lampiran berita mengatakan ada usaha untuk menutup operasi Syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Tidak dipastikan ia sahih atau khabar angin, namun sekiranya ada berniat begitu, amatlah malang bila hak Istimewa orang Melayu dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dikhianati sebegitu.

Harap desasa desus itu tidaklah membawa perkara yang betul. Kesian orang Melayu nanti.

Bacaan dibawah ini..

Tutup MARA cubaan nafikan hak istimewa Melayu

KUALA LUMPUR – Sebarang usaha untuk menutup operasi mana-mana anak syarikat dan kepentingan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, cadangan penutupan operasi MARA Corporation Sdn Bhd adalah satu bentuk usaha menafikan hak istimewa orang Melayu dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“MARA akan ditutup dalam sedikit masa lagi. Sekarang pun fungsi-fungsi MARA telah dikurangkan, bajet dikurangkan, kakitangan diberhentikan, gaji tidak dibayar.

“MARA ini adalah institusi Perkara 153 Perlembagaan untuk Menjaga Hak Istimewa Melayu. Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab YDPA.

“MARA perlu ditimpa kemalangan. Barulah YDPA akan mencemar Duli melihat kecederaan MARA dan menghantar MARA ke hospital,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada khabar angin bertiup kencang sebelum iin mengatakan MARA akan menutup mana-mana anak syarikat yang didapati tidak mampu bersaing dan menjana keuntungan.

MARA Corporation antara anak syarikat MARA yang bakal ditutup dan ini boleh dilihat sejak Ogos lalu, apabila bayaran gaji bagi kakitangannya masih tertunggak sehingga tiga bulan. – MalaysiaGazette

Terkini

Berita Berkaitan