Tular masuk PN, saya tetap bersama PH kata Maria Chin

hli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menafikan sekeras-kerasnya dirinya akan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Penyebaran berita beliau Tony Pua serta R. Sivarasa akan menyokong PN adalah tindakan politik kotor.

“Saya mengambil maklum bahawa terdapat sesetengah pihak cuba menyebarkan berita palsu mengenai saya, dalam bentuk ‘artikel’ yang didakwa disiarkan di laman web Agenda Daily.

“Hasil semakan fakta menunjukkan bahawa tidak wujud artikel seperti itu dalam Agenda Daily,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan tiga ahli Parlimen iaitu Sivarasa, Maria Chin dan Ahli Parlimen Damansara daripada DAP, Tony Pua akan melompat parti dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Maria Chin berkata, dirinya masih setia dengan PKR dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya berpegang tetap kepada komitmen dalam perjuangan ini, begitu juga rakan-rakan saya Sivarasa dan Tony Pua. Sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya, fokus utama saya adalah tanggungjawab kepada kesejahteraan dan kebajikan pengundi saya.

“Saya akan berdiri teguh bersama Pakatan Harapan untuk memastikan kebajikan dan kesihatan jutaan rakyat Malaysia terjaga dan tidak dikompromi oleh kerajaan PN-BN yang gagal dan tidak kompeten,” tegas bekas Pengerusi Bersih 2.0 itu lagi.

Awal hari ini tular dakwaan beliau dan tiga lagi wakil rakyat pembangkang itu akan membuat kenyataan mereka menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laporan berjudul ‘Siapa 3 Ahli Parlimen Pakatan Harapan Lompat Sokong Perikatan Nasional? itu tular hari ini dengan menyatakan PN memperolehi tiga lagi sokongan Ahli Parlimen PH. – MalaysiaGazette

Terkini

Berita Berkaitan