Dr Mahathir Mohamad berkata Tony Pua mengesahkan dakwaan terhadapnya adalah benar walaupun dia tidak menamakan ahli parlimen Damansara itu dalam buku terbarunya.
Bercakap kepada pemberita, Mahathir berkata Pua melalui tiga jawapan balas terhadapnya membuktikan peranannya sebagai bekas setiausaha politik kepada menteri kewangan Lim Guan Eng ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
“Seperti yang anda tahu saya tidak menamakan dia (dalam buku itu). Tetapi jelas sekali dia faham apa yang saya katakan tentang dia.
“Respons dia sendiri membuktikan apa yang saya katakan adalah benar,” kata Mahathir.
“Kenapa dia perlu menjawab jika ia mengenai orang lain?
“Dialah yang mengambil masa lama untuk menjawab tiga kali, menulis esei panjang mengenainya,” kata Mahathir semasa pelancaran secara maya memoir terbarunya, Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia yang diadakan di sebuah kedai buku di Kuala Lumpur hari