Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Tidak boleh layan Lynas dengan cara layanan seperti Paria kata PM

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) tidak boleh dilayan seperti kasta rendah atau ‘paria’ dan diarahkan memberhentikan operasi di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan tiada negara lain berminat untuk melakukan pelaburan di negara ini.

Jelas beliau, keadaan itu sekali gus merugikan negara kerana nilai pelaburan Lynas di negara ini mencecah RM1.7 bilion dengan menawarkan 700 peluang pekerjaan berkualiti tinggi serta berpendapatan lumayan.

“Kita telah menghantar golongan pakar untuk mengenal pasti sama ada sisa tersebut bahaya atau tidak dan mereka mendapati sisa itu tidak bahaya.

“Walau bagaimanapun, mereka yang membantah Lynas masih mahu menghapuskan Lynas. Ini merupakan pelaburan besar RM1.7 bilion, menawarkan 700 peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi.

“Tapi kita melayan mereka seperti ‘paria’ dan menyuruh mereka keluar daripada negara ini. Tindakan ini akan menyebabkan tidak ada lagi negara lain berminat untuk melabur ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi. – UTUSAN ONLINE

Berkaitan