[Tiba-tiba] Bila pendapatan Tun M diwar-warkan oleh sebuah portal popular

Pelik juga, selepas isu panas berkenaan tuduhan berat terhadap Anwar Ibrahim, tiba-tiba juga kes ini menjadi pantas dan cepat diambil perhatian oleh pihak bekuasa.

Dengan tiba-tiba juga portal popular menyiarkan tangga gaji Perdana Menteri yang mengalami kenaikan, tajuk pun boleh tahan pedasnya, pendapatan Tun M lebih 100K? Sebelum ini kira-kira pendapatan Tun M berkisar RM75K keatas, tetapi dengan tiba-tiba ia diberitahu PM bergaji melebihi RM100K.

Berikut tulisan Dr Kamarul Yusoff

APA TUJUAN MALAYSIA KINI TONJOL PENINGKATAN PENDAPATAN TUN DR MAHATHIR?

Hanya ada tiga fakta sahaja yang diberikan oleh Malaysia Kini:
(1) “Pendapatan Dr Mahathir Mohamad naik 31 peratus kepada lebih RM100,000 sebulan.”

(2) “Mahathir pada 19 Oktober 2018 mengisytiharkan pendapatan bulanan sebanyak RM75,861.57 bagi dirinya dan isteri Dr Hasmah Mohd Ali.”

(3) “Kemas kini pada 14 November menunjukkan pendapatannya sebanyak RM100,004.32, bagi beliau seorang saja.”

Sepertinya ada persepsi yang cuba ditimbulkan oleh Malaysia Kini.

Apa persepsi yang cuba ditimbulkan itu? Sendiri boleh agaklah.

Pendapatan Mahathir lebih RM100,000 sebulan

 

Terkini

Berita Berkaitan