Wednesday, June 7, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

Tiada keperluan lantik TPM kata Hadi

Tiada keperluan untuk melantik timbalan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam urusan pentadbiran negara, kata Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, Ismail mempunyai kuasa untuk melantik timbalannya sekiranya perlu.

“Terpulang kepada Perdana Menteri sama ada untuk melantik timbalannya kerana dia (Ismail) yang menjalankan tugas,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Hadi berpandangan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera itu sudah menjalankan tugas dengan baik.

“Tetapi setakat ini kita dapati Ismail berjaya menjalankan tugas dengan baik… bukan saya yang menjalankan tugas. Jika dia (Ismail Sabri) rasa perlu, dia boleh lantik,” katanya ketika ditemui di pekarangan kediamannya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Mengulas mengenai spekulasi rombakan Kabinet baru-baru ini, Hadi berkata, kebiasaannya Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan sebelum memutuskan untuk melakukan rombakan Kabinet.

“Saya tidak mendengar akan berlakunya rombakan Kabinet dan saya anggap ia hanyalah berita angin.

“Pada pandangan saya, semua menteri sudah menjalankan tugas dengan baik dan tidak perlu kepada rombakan Kabinet,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, timbul desas-desus bahawa Ismail akan melakukan rombakan Kabinet dengan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dan menggugurkan tiga menteri.

Pada 4 Jan lalu, Ismail menafikan perkara itu dengan menyifatkan isu rombakan Kabinet hanya spekulasi semata-mata.

Tiada keperluan lantik Timbalan PM, kata Hadi

Berkaitan