Monday, March 27, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Teruk!! Sembilan lelaki direman berkait kes rogol gadis bawah umur

KOTA BHARU: Sembilan lelaki termasuk remaja berusia 13 tahun direman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang gadis bawah umur, Oktober lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Enam remaja ditahan reman selama lima hari bermula hari ini manakala tiga lagi suspek berusia 18 hingga 21 tahun direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kes itu pada pukul 6.38 petang semalam.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, dia keluar dari rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat sekitar pukul 9 malam pada 25 Oktober lalu.

“Kanak-kanak itu dipercayai tinggal bersama teman lelakinya di Kampung Semut Api, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini. Ketika itu, mangsa disyaki melakukan hubungan seks bersama suspek dan rakan-rakan lelakinya yang lain.

“Hasil siasatan polis, ibunya membuat laporan berhubung kehilangan mangsa pada 16 November lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, hasil saringan air kencing terhadap semua suspek mendapati mereka negatif dadah selain tiada sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan. –UTUSAN

Berkaitan