Saturday, June 10, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

Terkini! Tok Mat: BN, PH belum bincang kerjasama hadapi enam PRN

Masih belum ada perbincangan untuk Barisan Nasional (BN) mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun depan, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata parti terlibat perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama.

“Biar parti berbincang antara parti sebab belum berbincang apa-apa lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau, di sini hari ini.

Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun depan ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Semalam, Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata PH belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bekerjasama dengan BN bagi menghadapi enam PRN atau sebaliknya, kerana fokus sekarang adalah untuk memperkasa keserasian bersama BN dalam Kerajaan Perpaduan.

– Bernama

Berkaitan