Thursday, February 2, 2023

Terkini!! Bersatu hantar surat mohon SPRM batal beku akaun

Bersatu akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Terkini! Abah perkenal Kabinet Bayangan PN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin melancarkan...

Terkini!! Akaun Bersatu dibeku SPRM,

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Terkini! Tiada kenaikan tarif elektrik demi bantu rakyat – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan untuk tidak menaikkan tarif elektrik bagi pengguna domestik serta industri kecil dan sederhana (IKS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menjelaskan, cadangan awal untuk kenaikan tarif elektrik itu tidak dapat diteruskan kerana tidak mahu membebankan rakyat yang sedang berdepan kos hidup tinggi.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan akan membuat semakan terhadap tarif elektrik membabitkan syarikat multinasional yang mengeksport ke luar negara.

“Berdasarkan laporan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara semalam, kerajaan memutuskan bahawa cadangan sebelum ini untuk menaikkan tarif elektrik tidak akan diteruskan kerana ia akan membebankan rakyat.

“Kerajaan sedar jika tiada apa-apa dilakukan akan terdapat kesan kepada kewangan kerajaan yang tinggi melebihi RM30 bilion setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, terdapat sedikit kenaikan tarif elektrik bagi syarikat multinasional dan berorientasikan eksport besar.

“Ini kerana tarif semasa terlalu rendah untuk mereka dan subsidi tidak sepatutnya diberikan kepada syarikat besar yang mengaut keuntungan tinggi,” katanya.

Anwar memberitahu, kenaikan tarif tidak akan menjejaskan IKS serta syarikat yang terlibat dalam pengeluaran pertanian dan makanan.

Beliau berkata, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengumumkan butiran kadar tarif bagi sektor terjejas itu.

Awal tahun ini, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tempoh Regulatori Ketiga (RP3).

Oleh itu, pada 1 Januari lalu, kadar purata tarif asas elektrik kekal pada 39.45 sen/kWj di Semenanjung sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan kelak.

Dalam pada itu, kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api Tidak Seimbang (ICPT) mulai 1 Januari 2022 sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan.

Jun lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumunkan kerajaan tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Sehubungan itu, kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang dan dengan keputusan itu kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion.

Langkah itu, katanya, perlu dibuat di tengah-tengah berlakunya peningkatan kos bahan api dan kos penjanaan lain. – MalaysiaGazette

Berkaitan