Terkini! Tak mudah bagi kamu pertahan Gombak, Anwar beritahu Azmin

SUBANG JAYA: Tidak mudah bagi Azmin Ali mempertahankan kerusi Parlimen Gombak yang disandangnya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden PKR Anwar.

Respons itu susulan kenyataan Azmin mencabar individu yang disifatkannya sebagai “sudah tidak lagi relevan dalam politik” untuk bertanding di Parlimen Gombak.

Azmin tidak menamakan individu terbabit, namun kenyataannya dipercayai ditujukan kepada ketua pembangkang itu yang juga bekas “bosnya” ketika dalam PKR.

Tidak mengulas lanjut mengenai cabaran Azmin, Anwar meminta Ahli Parlimen Gombak itu menjaga kawasannya ketika ini.

“Sibuk dengan dia pasal apa. Dia jaga kawasan dia, tak mudah bagi dia,” katanya ringkas dalam sidang media selepas majlis pelancaran buku tulisannya bertajuk “Script”.

Ketika berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Bahagian dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor di Shah Alam hari ini, Azmin menegaskan dirinya
“anak jantan” dan menjemput individu itu “menghantar” isteri atau anaknya bertanding di kerusi disandangnya pada PRU15.

“Ada orang sudah minat nak datang Gombak, silakan… Gombak terbuka, saya anak jantan. Silakan hendak hantar isteri pun boleh, anak pun boleh, kalau berani hantar diri sendiri,” kata pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu.

Azmin yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu membuat kenyataan itu susulan Anwar pada Rabu menyatakan tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15 yang disandang bekas timbalannya itu.

Tak mudah bagi kamu pertahan Gombak, Anwar beritahu Azmin

Terkini

Berita Berkaitan