Terkini! Senarai nama calon UMNO minggu depan kata Zahid

Presiden UMNO,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan semua pengerusi perhubungan negeri parti itu menyerahkan nama calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) minggu depan.

Arahan itu dikeluarkan hari ini dalam perjumpaan khas yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Kita akan mendapatkan senarai nama calon itu minggu depan. Kita mulakan perbincangan dan rundingan bermula Isnin depan,” kata Ahmad Zahid dalam sidang media selepas perjumpaan tersebut.

Katanya, pengerusi-pengerusi perhubungan negeri akan mengemukakan nama calon-calon berkenaan kepada lima pemimpin tertinggi UMNO iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Pemilihan calon berdasarkan konsep WALI iaitu boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) yang berkaliber dan berdaya.

“Siapa sahaja yang memenuhi tiga kreteria ini akan menjadi calon UMNO yang mewaliki UMNO, BN. Tidak ada calon mengikut kluster tertentu. Yang penting calon UMNO dan mengunakan panji-panji BN,” kata Ahmad Zahid.

Perjumpaan Khas Bersama Presiden dan Perdana Menteri yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu adalah perjumpaan terakhir yang dilakukan UMNO sebelum PRU-15 berlangsung.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan amanat terakhir kepada kepimpinan empat peringkat iaitu ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri serta pengerusi negeri dan exco sayap-sayap parti daripada 191 bahagian.

Ia menyentuh mengenai kesiapsiagaan jentera UMNO dalam menghadapi PRU di peringkat lokaliti, pusat daerah mengundi, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Ditanya bila paling cepat PRU akan berlangsung, Ahmad Zahid berkata, ia terserah kepada Ismail Sabri untuk menentukannya sambil menolak spekulasi kononnya Parlimen akan dibubarkan Khamis ini.

“Kita akan mendapatkan senarai nama calon itu minggu depan. Kita mulakan perbincangan dan rundingan bermula Isnin depan,” ulangnya – MalaysiaGazette

PRU-15: Zahid arah beri senarai nama calon UMNO minggu depan

Terkini

Berita Berkaitan