Sunday, December 4, 2022

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Teruk!! Sembilan lelaki direman berkait kes rogol gadis bawah umur

KOTA BHARU: Sembilan lelaki termasuk remaja berusia...

Terkini! Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid

Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) ada musuh mereka mencerminkan  gabungan tersebut ssdang dilanda kekalutan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Muhyiddin tidak perlu untuk menzahirkan kenyataan tersebut kerana rakyat sudah mengetahui PN sememangnya memusuhi BN

“Pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan beliau untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan tidak lama lagi.

“Rakyat sudah lama tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpinnya sememangnya memusuhi BN dengan objektif menamatkan BN.

“Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU-15 semakin menghampiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid memberikan respons itu selepas Muhyiddin secara terbuka mengumumkan BN adalah musuh PN yang perlu ditentang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Semalam Muhyiddin berkata, parti gabungan PN perlu bergerak sebagai satu pasukan dan memiliki hala tuju yang sama, bukan mengeluarkan kenyataan atau pendirian bertentangan.

“Jangan Bersatu kata begini, Pas begini, Gerakan begini. Kalau tak tunjuk kesatuan, kita akan kalah sebab mesej di bawah tidak jelas, siapa musuh kita.

“Jadi kita dalam PN sudah ada kesepakatan, antara perkara disepakati ialah saya nak sebut di sini bahawa musuh utama kita adalah BN,” katanya ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun Ke-6 Bersatu, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, penubuhan parti Bersatu itu bertujuan  melenyapkan BN khususnya UMNO.

Namun, selepas semua usaha menemui kegagalan, Bersatu mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang permah mereka zalimi.

“Juga dengan sasaran BN akan berada di bawah telunjuk PPBM bagi diperkudakan untuk kepentingan politik mereka melalui perancangan ‘scheme of things’.

“Mujur sebahagian besar pimpinan BN termasuk Presiden UMNO dapat menghidu muslihat tersebut walaupun tidak dinafikan ada juga segelintir yang terpedaya.

“Sebab itu kita tidak berasa pelik bukan PH diumumkan musuh utama PN walaupun Mahiaddin pernah menyebut PH tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia,” kata Ahmad Zahid lagi.

Ahmad Zahid juga berkata Ahli-ahli Parlimen selain Bersatu harus sedar bahawa mereka sedang dikelilingi oleh musuh dalam selimut.

Presiden UMNO itu menambah, selagi mana PN mempertahankan komposisi Kabinet sedia ada bersama Bersatu, selagi itu kerajaan campuran yang mereka ‘pikul’ terdedah kepada risiko sabotaj.

“Pengerusi PN selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah pun memulakan gerakan melampaui batas ‘menyerang’ Perdana Menteri.

“Tindakannya boleh memberi implikasi negatif kepada negara kerana Pengerusi MPN sendiri menggambarkan kerajaan yang dianggotainya sebagai lemah dan gagal,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid

Berkaitan