Terkini! Pelakon lelaki terkenal tiba di Mahkamah Sepang

Seorang pelakon lelaki popular tanah air tiba di Kompleks Mahkamah Sepang di sini, pagi ini dipercayai untuk didakwa susulan tindakannya memuat naik satu klip video yang dikatakan mengandungi elemen sumbang di media sosial baru-baru ini.

Pendakwaan terhadap pelakon itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Lelaki berusia 36 tahun itu tiba pada pukul 8.10 pagi dengan memakai sut berwarna kelabu gelap dengan diiringi beberapa individu dipercayai peguam dan pengurusannya.

Terdahulu, hantaran pelakon itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila klip video yang dimuat naiknya dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia kerana mengandungi elemen sumbang.

Susulan itu, pelakon dan juga model itu menerima kecaman daripada netizen dengan rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan memuat naik video itu. – UTUSAN

Terkini

Berita Berkaitan