Terkini!! Negeri ditadbir PH muktamad tak bubar DUN jika PRU15 tahun ini

Kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sebaliknya akan menumpukan perhatian kepada usaha membantu rakyat yang berdepan dengan kemungkinan banjir semasa musim tengkujuh nanti.

Menurut Anwar keputusan itu diambil selepas ia dibincangkan Majlis Presiden PH hari ini.

“Andai kata parlimen dibubar (dalam tempoh terdekat), keputusan tiga-tiga negeri ini ialah akan menumpukan perhatian menangani masalah banjir, ringankan beban mangsa banjir yang terpaksa menghadapi bencana.

“Oleh yang demikian mereka (Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan) tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir yg dijangka (sehingga) Feb atau Mac,” katanya pada sidang media di parimen hari ini.

Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson menambah, selepas isu banjir berlalu kerajaan negeri yang terbabit masih mempunyai masa untuk membubarkan DUN masing-masing.

“Pokoknya, kerajaan negeri PH tidak akan bersama kerajaan persekutuan andainya PRU diadakan semasa (musim) banjir kerana pada anggapan ketua menteri Pulau Pinang, menter besar Selangor, menter besar Negeri Sembilan, kita tidak harus menambah derita dan penderaan kepada rakyat yang terpaksa mengharungi masalah banjir,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/638308

Terkini

Berita Berkaitan