Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Terkini! Negara masih perlukan khidmat Tun M dua tahun lagi kata Khairuddin

Negara masih memerlukan khidmat Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali mentadbir dan memperbaiki kerosakan yang amat teruk untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, dalam keadaan negara yang sedang jatuh dari segenap segi ketika ini khususnya dalam bidang ekonomi dan politik, hanya Dr. Mahathir sahaja yang mampu menyelesaikan semua permasalahan secara efektif.

Menurut beliau, sejarah telah membuktikan bagaimana Dr. Mahathir menangani krisis ekonomi dunia pada 1986 dan 1997 secara amat berkesan di negara ini.

“Kejatuhan nilai ringgit pada kadar terendah dalam sejarah mata wang membuktikan bahawa kedudukan ekonomi negara berada di paras yang amat membimbangkan.

“Perkhidmatan tokoh negarawan bertaraf dunia ini masih diperlukan kerana minda, visi serta misi beliau masih tajam.

“Biarlah kita manfaatkan kebijaksanaan Dr. Mahathir menyelesaikan perjuangan yang belum selesai sementara beliau masih bersama kita,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada 29 September lalu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) menyatakan beliau bersedia menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga jika diminta berbuat demikian sekiranya GTA membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta pada program Hard Talk GTA di Pusat Konvensyen Bangi.

Khairuddin yang juga Pengerusi GTA Wilayah Persekutuan menambah, matlamat perjuangan Dr. Mahathir hanyalah untuk menebus maruah bangsa dan negara demi kesejahteraan masa depan keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau yakin bahawa Dr. Mahathir mampu mencemerlangkan semula maruah bangsa serta negara di persada dunia.

“Kita amat memerlukan Malaysia kembali cemerlang sebagai kuasa ‘Harimau Asia’ yang dihormati oleh seluruh negara-negara luar sepertimana dahulu,” jelasnya.

Sementara itu, Khairuddin berpandangan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diberi ruang untuk berkhidmat sehingga Parlimen tamat penggal pada pertengahan tahun depan.

Beliau memberitahu, adalah amat tidak masuk akal untuk mengambil sikap terburu-buru bagi mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat kerana kedudukan kerajaan ketika ini
amat stabil.

“Semua parti-parti pembangkang telah memeterai confidence and supply agreement (CSA) dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan semua juga telah bersetuju bagi menyambung perjanjian ini.

Khairuddin berkata, walaupun empat Ahli Parlimen dari Pejuang tidak memeterai CSA dengan kerajaan, Dr. Mahathir sentiasa mengingatkan dan menasihatkan pemimpin-pemimpin Pejuang agar tidak melibatkan diri dalam mana-mana gerakan bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Dr. Mahathir lebih mementingkan untuk turunkan suhu politik serta menstabilkan lanskap politik negara ke arah sama-sama kita berganding bahu membantu memperbaiki negara yang sedang rosak teruk,” jelasnya.

Beliau turut menganggap sebarang usaha oleh UMNO yang mendesak Parlimen dibubarkan lebih awal sehingga menyebabkan PRU-15 terpaksa dilangsungkan pada musim banjir hujung tahun ini sebagai tidak bertanggungjawab. – MalaysiaGazette

Negara perlu khidmat Tun M dua tahun lagi – Khairuddin

Berkaitan