Thursday, October 5, 2023

Panas! Sanusi kata Kedah boleh lebih maju dari Selangor jika ada KL berhampiran

Menteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md...

Akhirnya kereta terbang memang wujud, tempahan kini dibuka kepada umum..

SAN MATEO, CALIFORNIA  –  Sebuah syarikat pengeluar...

Terkini! Najib pecat Shafie, lantik firma Zaid Ibrahim kendali kes rasuah SRC

Datuk Seri Najib Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh firma guaman Tetuan Shafee & Co melalui sepucuk surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel dan Peguam Cara kepada pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh hari ini.

Melalui surat itu, Tetuan Shafee & Co menyatakan bahawa firma guaman itu menerima surat daripada Najib pada jam 5 petang semalam yang memberhentikan Muhammad Shafee dan peguam cara lain daripada firma berkenaan dengan serta merta daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes SRC International.

Menerusi surat yang sama, firma itu menyatakan bahawa Najib memaklumkan yang beliau telah melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguamcara baharu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/980364/najib-pecat-shafie-lantik-firma-zaid-ibrahim-kendali-kes-rasuah-src

Berkaitan