Sunday, March 26, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Terkini!! Laporan: PN timbang tarik balik sokongan pada Ismail Sabri

Perikatan Nasional (PN) sedang menimbang untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, menurut laporan The Star.

Laporan itu mendakwa ia kerana Ismail Sabri tidak menunaikan apa yang dikatakan sebagai perjanjian untuk melantik ahli parlimen Bersatu sebagai timbalan perdana menteri.

Ismail Sabri dilaporkan dijadual bertemu delegasi PN semalam berhubung perjanjian itu. Namun ia dibatalkan di saat akhir.

Delegasi PN merangkumi Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Azmin Ali, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut laporan itu lagi, mesyuarat MPT Bersatu pada Selasa lalu “secara umumnya setuju” yang sokongan terhadap Ismail Sabri perlu ditarik jika dia tidak boleh dirunding agar menunaikan persetujuan yang telah dicapai.

Selain berkenaan perjanjian itu, laporan itu turut membayangkan para pemimpin Bersatu tidak gembira dengan aspek lain kepimpinan Ismail Sabri.

Laporan itu turut memetik Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumum sebagai berkata, kerajaan persekutuan telah menyekat dana kepada ahli politik Bersatu.

“Ini tidak adil. Mereka cuba jejaskan pengaruh kami di lapangan. Tetapi ia menjejaskan rakyat,” katanya yang juga menteri belia dan sukan.

https://www.malaysiakini.com/news/631005

Berkaitan