Terkini!! Kerajaan yang dikata sementara inilah yang berjaya – Khairy

Klik https://invol.co/cld6p23

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menepis tanggapan sesetengah pihak yang melabel kerajaan yang tertubuh hari ini sebagai kerajaan sementara.

Katanya, biarpun dianggap begitu namun, kerajaan yang dikatakan sementara ini telah berjaya melaksanakan perkara-perkara untuk tempoh jangka masa panjang.

Mengambil contoh pelbagai Rang Undang-Undang (RUU) yang telah dapat dilaksanakan, Khairy berkata, semua itu diluluskan dalam tempoh 12 bulan ini.

“Sama juga isu kesihatan, saya cakap kepada Perdana Menteri minta buat sesuatu untuk masa depan.

“Bukan sekadar ingat next election (pilihan raya akan datang) sahaja, sebab itu Perdana Menteri setuju bawa RUU untuk kita wujudkan negara bebas asap rokok di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Simposium Keluarga Malaysia ‘Pencapaian dan Harapan’ bertajuk Keluarga Malaysia Menangani Cabaran Kesihatan di sini, hari ini.

Simposium itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) merupakan kejayaan terbesar yang diusahakan oleh pihak kerajaan dalam membawa keluar negara daripada pandameik Covid-19.

Katanya, sebagai menteri yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat dalam isu kesihatan, beliau mempunyai pandangan lebih luas mengenai langkah untuk menyelesaikan pandemik tersebut.

Jelasnya, beliau telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melihat bagaimana cara lebih berkesan untuk menyelamatkan nyawa tetapi dalam pada masa sama dapat memelihara kehidupan rakyat agar terus sejahtera.

“Kita hanya fokus kepada langkah seperti melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kita sudah punyai senjata ampuh iaitu vaksinasi.

“Sebab itu dengan vaksinasi dan langlah-langkah yang lain antaranya home surveilance order. Kalau dulu kalau kena Covid, perlu beratur di CAC (Pusat Penilaian Covid), beratur panjang. Jadi, kita memudahkan semua prosedur yang menyukarkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Kerajaan yang dikata sementara inilah yang berjaya – Khairy

Terkini

Berita Berkaitan