Terkini!! Kenapa lambat sangat, Puad persoal JPPM ambil masa lulus permohonan Umno

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno menyelar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atas kelewatannya dalam membuat keputusan terhadap permohonan parti itu meminda perlembagaannya bagi membolehkan pemilihan parti ditangguhkan.

Puad Zarkashi berkata, JPPM berjanji akan memaklumkan parti mengenai status permohonan itu sebelum 16 Julai.

“JPPM perlu berapa lama lagi? 10 hari dah berlalu, adakah JPPM perlu masa lagi?

“JPPM seolah-olah tak cukup kakitangan untuk berfungsi dengan efisien,” katanya kepada FMT.

Jika pindaan itu dibenarkan, Umno boleh menangguhkan pemilihannya sehingga enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU), atau sehingga 18 bulan dari tarikh akhir penggal kepimpinannya, mana-mana lebih lewat.

Puad berkata, dengan mengambil masa begitu lama untuk membuat keputusan bagi perkara yang begitu mudah, JPPM mencemarkan kredibilitiya.

“RoS tiada hak menentukan perlembagaan sesebuah parti politik atau pertubuhan. (Perlembagaan) ialah hak sesebuah pertubuhan berdaftar,” katanya dengan menegaskan Umno meminda perlembagaannya mengikut peraturan.

Menurutnya, pindaan perlembagaan itu telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno dan disokong Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob, yang juga perdana menteri.

“Ini bukan soal Umno mahu tangguh pemilihan parti, ini tentang Umno meminda perlembagaannya. Adakah ini (meminda perlembagaan) sesuatu yang baharu atau luar biasa bagi JPPM?”

Tambahnya, kelewatan JPPM membuat keputusan ialah sesuatu yang “memalukan”.

“Janganlah ada ‘double standard.’ Kalau ada pihak yang boleh dapat jawapan dalam tempoh seminggu, kenapa Umno perlu tunggu begitu lama?”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/26/kenapa-lambat-sangat-puad-persoal-jppm-ambil-masa-lulus-permohonan-umno/

Terkini

Berita Berkaitan