Sunday, March 26, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Terkini!! Bersatu hantar surat mohon SPRM batal beku akaun

Bersatu akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon pembekuan akaunnya dibatalkan, kata Presiden Muhyiddin Yassin.
 
Muhyiddin berkata, SPRM perlu membatalkan pembekuan serta-merta jika tidak menemui sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna kuasa semasa menyemak akaun parti itu.
 
“Ini adalah penting supaya pentadbiran Bersatu dapat berjalan lancar termasuk pembayaran gaji pekerja dan lain-lain komitmen Bersatu dapat dilunaskan mengikut jadual,” katanya dalam sidang media selepas program pemukiman Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Tamu Hotel.
 
Muhyiddin berkata, pihaknya memerlukan dana itu bagi membiayai perjalanan kempen pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.
 
“Jangan pembekuan ini jadi motif sebenar kerajaan melumpuhkan jentera Bersatu dan PN di PRN akan datang.
 
“Kalau langkah begini diambil, ia dapat menghalang usaha kita untuk terlibat dalam aktiviti PRN,” katanya memaklumkan Bersatu akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM melengkapkan siasatan.
 
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa pembekuan akaun Bersatu bertujuan menimbulkan keraguan terhadap integriti PN.
 
Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu ada kaitan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.
 
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan mengesahkan pihaknya membekukan akaun Bersatu dengan siasatan berterusan dan saksi akan dipanggil.
 
Disember lalu, SPRM mengesahkan menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan Covid-19 daripada Kementerian Kewangan.
 
SPRM dalam kenyataan berkata, fokus siasatan kini terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara dianggar hampir RM600 bilion.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/02/bersatu-hantar-surat-mohon-sprm-batal-beku-akaun/

Berkaitan