Wednesday, June 7, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

Terkini! Azmin akan pertahan kerusi Gombak pada PRU15

Azmin Ali menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan berkata, beliau bersedia untuk terus berkhidmat untuk pengundi di kawasan itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu berkata, beliau menyerahkan kepada penduduk Gombak untuk membuat keputusan yang “tepat dan bertanggungjawab” kerana memilih wakil rakyat adalah suatu proses demokrasi.

“Saya sudah lama (berkhidmat) di Gombak, orang (tempatan) kenal saya. Mereka tahu kebolehan dan komitmen saya.

“Saya bersedia untuk terus berkhidmat untuk orang Gombak,” katanya dalam program Agenda Awani malam tadi.

Beliau mengalu-alukan cabaran untuk menghadapi mana-mana calon di kerusi itu, katanya.

Azmin telah menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal. Pada PRU 2018, bekas timbalan presiden PKR itu menang dengan majoriti 48,721.

Pada Februari 2020, beliau mengetuai 10 Ahli Parlimen PKR berpaling tadah kepada Bersatu dalam Langkah Sheraton.

Insiden ini menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas hanya 22 bulan memerintah dan kebangkitan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pimpinan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Azmin akan pertahan kerusi Gombak pada PRU15

Berkaitan