Monday, March 27, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

TERKINI!! Azam bersyukur dapatan SC, anggap siasatan telah ‘muktamad’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, bersyukur dengan dapatan Suruhanjaya Sekuriti berhubung isu pemilikan saham dalam syarikat tersenarai.

Beliau juga berkata SC memaklumkan bahawa siasatan terhadap perkara itu “telah dimuktamadkan”.

“Oleh yang demikian, pihak suruhanjaya telah menutup fail inkuiri tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Azam menganggap keputusan SC itu sebagai “mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh saya”.

“Dengan itu, saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai KP SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat,” katanya.

Terdahulu, SC dalam kenyataan memaklumkan tidak menemui kepastian muktamad bahawa Azam melakukan kesalahan berhubung isu pemilikan saham dalam syarikat tersenarai pada 2015-2016.

SC menyatakan ia telah menjalankan siasatan dan berdasarkan bukti yang ada “SC tidak dapat memastikan secara konklusif berlaku kesalahan bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).”

Seksyen 25(4) menetapkan semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik pemanfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

Azam menafikan sebarang salah laku sebelum ini dan berkata pembelian lebih 4 juta saham dan waran dua syarikat tersenarai awam dilakukan oleh adiknya, Nasir Baki, dengan menggunakan akaun dagangan beliau.

Katanya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada pihak atasan ketika itu.

Sejurus penafian itu, SC selaku pengawal selia pasaran modal tempatan melancarkan siasatan dan meminta Azam mengesahkan dan menjelaskan alasan tersebut.

(KEMAS KINI) Azam bersyukur dapatan SC, anggap siasatan telah ‘muktamad’

Berkaitan