Wednesday, June 7, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

Terkini! Azalina nafi berundur sebagai penasihat PM

Ahli Parlimen Penggerang Azalina Said Othman menafikan laporan yang mendakwa dia telah meletak jawatan sebagai penasihat khas perdana menteri mengenai undang-undang dan hak asasi manusia.

“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai penasihat undang-undang dan hak asasi manusia.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65,” tulis Azalina dalam catatan ringkas di Facebook pagi ini.

Semalam, Sinar Harian memetik sumber tanpa nama melaporkan Azalina melepaskan jawatan itu.

Azalina dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri pada 2 Okt tahun lepas, kira-kira sebulan selepas meletak jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Dia baru-baru ini menimbulkan kontroversi apabila menyatakan pendapat bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya memilih peguam negara baru.

https://www.malaysiakini.com/news/634093

Berkaitan