Sunday, December 4, 2022

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Teruk!! Sembilan lelaki direman berkait kes rogol gadis bawah umur

KOTA BHARU: Sembilan lelaki termasuk remaja berusia...

Terkini! Anwar kata yang Mahathir tak pernah nak insaf-insaf

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau berpendirian tegas terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu tidak pernah insaf.

“Mahathir kalau dia hentam saya 10 kali, saya jawab sekali. Sekarang saya akan tegas sikit kerana kawan ini, dia (Mahathir) tidak pernah nak insaf,” katanya dalam program Sembang Kencang anjuran Kelab Wartawan Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Mengimbau tempoh dia dipenjarakan, Anwar berkata, perkara itu menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Mahathir, tetapi dendam itu reda seketika apabila Mahathir bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Ketika itu, katanya, semua bersetuju menamakan Mahathir sebagai perdana menteri, tetapi dengan syarat jawatan berkenaan perlu diserahkan kepadanya sebaik saja dia keluar dari penjara.

Namun, presiden PKR itu berkata, apa yang dirancang tidak berlaku, sebaliknya berlaku Langkah Sheraton membabitkan bekas pemimpin kanan PKR yang menggulingkan kerajaan PH.

“Sebab itu saya minta rakyat sokong saya kerana saya rasa, saya buat perubahan dan kebaikan, tapi kalau saya dendam, nak tendang orang, nak zalim pada orang, saya tidak setuju. Walaupun orang itu zalim kepada saya, tetapi saya tidak,” katanya.

Mengambil contoh pemenjaraan Najib Razak dalam kes SRC International, Anwar berkata, Ahli Parlimen Pekan itu tidak seharusnya menerima layanan sepertinya, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan yang perlu ada pada setiap individu.

“Perlukah Najib dilayan sebegitu rupa? Tidak. Saya tidak setuju. Tak payahlah letak atas simen, bagilah katil. Sebab apa? Sebab kita kena ada tekad moral lebih baik, lebih tinggi.”

Najib dipenjarakan sejak 23 Ogos lalu, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas disabitkan bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dr M tak pernah insaf, kata Anwar

Berkaitan