Terkesan!! Rakyat UK tidak tahan dengan kenaikan kos sara hidup

LONDON: Ribuan penduduk di bandar seluruh United Kingdom (UK) sepakat mengadakan protes secara besar-besaran bagi membantah kenaikan tarif elektrik dan gas, sekali gus meningkatkan kos sara hidup serta krisis iklim.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘cukup-cukuplah’ ketika kenaikan tarif elektrik dikuatkuasakan.

Lapor BBC, Orang ramai turut turun ke jalanan di beberapa bandar utama termasuk Birmingham, Glasgow dan Belfast.

Turut serta dalam protes itu termasuk persatuan berkaitan minyak dan badan revolusi seperti Extinction Rebellion (XR) dan Kumpulan Komunis Revolusi (RCG).

Harga gas dan elektrik domestik meningkat sebanyak 80 peratus berbanding musim sejuk tahun lalu, walaupun kos itu ditampung sebahagiannya oleh kerajaan.

Terdahulu, kerajaan menyatakan jaminan bekalan tenaga bakal menelan belanja sehingga 60 bilion pound (RM311 bilion) bagi enam bulan pertama, namun penganalisis industri menjangkakan perangkaan sebenar mungkin antara 130 dan 150 bilion pound (RM673 dan RM776 bilion).

Protes itu juga diadakan bagi menolak belanjawan mini oleh kerajaan baru-baru ini yang merangkumi pemotongan cukai sebanyak 45 bilion pound (RM233 bilion).

Tunjuk perasaan yang dilakukan menyebabkan Jambatan Westminster sesak apabila orang ramai memenuhi jalan raya sambil melaungkan slogan alam sekitar.

Sebahagian daripada mereka turut membawa sepanduk yang menyatakan kapitalisme adalah ‘musuh bumi’.

Rakyat UK tidak tahan dengan kenaikan kos sara hidup

Terkini

Berita Berkaitan