Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Terkejut!! Ingatkan suara dari alam kubur, rupa-rupanya budak yang ditanam hidup-hidup…

erkara mistik ini memang selalu kita dengar lebih-lebih lagi sekiranya kita berada di kawasan yang menjadi hotspot utama untuk hantu ‘berkampung’.

Contoh yang boleh kita ambil adalah apabila kita berada di kawasan perkuburan lebih-lebih lagi kalau terdengar tangisan atau suara yang tak menyenangkan. Confirm meremang bulu roma!

Tapi lain pula jadinya yang berlaku di kawasan perkampungan Patna, India apabila beberapa wanita panik dan terkejut mendengar suara tangisan dari kubur yang dilaporkan tangisan daripada seorang budak perempuan.

Menurut The Star, wanita-wanita itu difahamkan sedang mencari kayu api dan tiba-tiba terdengar suara tangisan budak perempuan yang terus buat mereka lari lintang-pukang!

1 Ul3Ugo4Zzbvj4Gmsxy4Hta

Sumber: Gambar Hiasan

Wanita-wanita tersebut terus melaporkan perkara ini kepada orang kampung dan mereka terus ke kawasan perkuburan semula untuk memeriksa suara tangisan tersebut. Malangnya, ia lebih seram daripada hantu!

Mereka menemui seorang budak perempuan yang ditanam hidup-hidup apabila mendapati suara itu berada di bawah tanah dan tangisannya tidak berhenti.

Mereka juga mula menggali dan akhirnya memang benar tanggapan mereka bahawa tangisan tersebut milik jasad seorang budak perempuan yang masih hidup dengan mulutnya penuh dengan tanah! Seram weh!

Budak perempuan tersebut telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

Tangisan Dari Kubur, Ingatkan ‘Hantu’ Rupanya Budak Yang Ditanam Hidup-Hidup

Berkaitan