Terbaik YB, dah lama nak berbisnes, Syed Saddiq buka restoran jual makanan popular

Walaupun sibuk dalam bidang politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mula menceburi perniagaan dengan menjadi rakan niaga kepada sebuah jenama makanan popular tempatan.

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, Ahli Parlimen Muar itu memilih untuk membuka restoran Santan selain tampil dengan beberapa menu yang sinonim dengan masyarakat.

Simpan hasrat memulakan perniagaan

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, hidangan Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin yang sedap dan popular itu telah menarik beliau untuk memilih nama Santan.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri sudah lama terpendam, namun belum berkesempatan untuk melakukan perkara tersebut.

Beliau yang berusia 28 tahun turut merancang untuk mewujudkan platform yang boleh membantu peluang pekerjaan khususnya buat anak muda pada masa akan datang.

“Sebenarnya dah lama saya nak buka perniagaan sendiri tapi belum ada kesempatan. Saya merancang untuk mencari banyak perniagaan yang berpotensi besar untuk menyediakan peluang kerja kepada orang muda” tulisnya.

Selain itu, Santan yang semakin aktif dalam mempromosikan makanan tempatan dan menunjukkan sokongan kepada anak tempatan yang hilang pekerjaan kerana pandemik Covid-19 antara sebab beliau memilih Santan.

Dengan pembukaan perniagaan pertama beliau, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berharap agar perniagaannya bertambah maju jaya.

Tahniah YB

Idea power

Restoran Santan yang baru dibuka ini terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur malah turut ‘available’ dalam aplikasi Grab Food sekiranya ingin membuat tempahan.

Sumber: Facebook Syed Saddiq

Dah lama nak berbisnes, Syed Saddiq buka restoran jual makanan popular

Terkini

Berita Berkaitan