Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

TERBAIK!! Sulaiman kembali jadi Ketua Menteri jika BN menang, kata Najib

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Sulaiman Md Ali akan kembali menjadi Ketua Menteri Melaka jika Barisan Nasional menang dalam pilihan raya negeri (PRN) itu, kata Najib Razak.

Najib yang juga penasihat Barisan Nasional (BN) berkata, Sulaiman yang sebelum ini adalah Ketua Menteri merupakan calon tunggal Ketua Menteri Melaka sekiranya BN menang dalam PRN kali ini.

“Tak, tak, tak… kita (BN) tentukan Sulaiman saja (sebagai Ketua Menteri),” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu mengiringi Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh ke pusat penamaan calon bagi kerusi DUN Tanjung Bidara.

Najib menegaskan tidak timbul isu pencalonan Rauf di kerusi DUN Tanjung Bidara, sekali gus menepis dakwaan bahawa BN mungkin mencalonkan nama lain bagi jawatan nombor satu pentadbiran kerajaan negeri itu selain Sulaiman.

Sementara itu Rauf berkata, penyertaannya pada PRN Melaka kali ini adalah untuk membawa mesej perjuangan parti, bukan untuk menentang mana-mana individu.

“Saya bukan melawan Mas Ermieyati (Samsudin). Saya membawa sebuah perjuangan dan menebus maruah orang Umno di Tanjung Bidara,” katanya.

Rauf, bekas Speaker DUN Melaka akan berdepan calon PN, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Undang-Undang serta calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.

Sulaiman kembali jadi Ketua Menteri jika BN menang, kata Najib

Berkaitan