Wednesday, June 7, 2023

PAU 2023 dihadiri 60 peratus kepimpinan baharu kata Asyraf

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan...

Kadar inflasi Negara dijangka kekal sederhana kata Menteri Ekonomi

Kadar inflasi negara dijangka kekal menyederhana tahun...

Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden...

Tak lama dah!! ‘Ada kementerian sudah diarah kemas barang’

KUALA LUMPUR: Ada pegawai kementerian yang sudah menerima arahan supaya mengosongkan bilik, sekali gus memberi isyarat kemungkinan besar pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, arahan itu dikeluarkan petang semalam dan kesemua terlibat sudah mula mengosongkan bilik pagi ini.

“Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) dengan meminta kami semua kemas barang dan kosongkan bilik,” katanya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Bagaimanapun, beberapa pegawai kementerian lain yang turut dihubungi menjelaskan, mereka belum mendapat arahan sedemikian, malah program yang dijadual hari ini masih berjalan seperti biasa.

Sejak semalam, tersebar berita mengenai pembubaran Parlimen akan dibuat sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadual pada Jumaat ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama akan dibentang hari ini di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – UTUSAN

‘Ada kementerian sudah diarah kemas barang’

Berkaitan