Berdasarkan kertas pertuduhan, Alowonle didakwa menyebabkan kematian Siti Kharina, 40, di Tower 1, Third Avenue Kondominium, Cyberjaya, di sini, antara jam 12.41 pagi, 9 Mei hingga 2.30 petang, pada 15 Mei lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh di mahkamah pada 8.30 pagi.
“Daripada 3, kita akan dakwa seorang sahaja secepat mungkin. Yang lain akan jadi saksi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Surau Al-Medina Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, berhubung perkembangan kes itu.
“Berdasarkan siasatan polis ke atas suspek dan juga keterangan saksi-saksi lain mendapati, Siti Kharina hanya secara on off (tidak setiap hari) menginap di kondominium berkenaan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
“Dia memasuki negara ini menggunakan pas lawatan pelancong sejak Januari lepas… dia telah menetap lebih masa di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.