Mengikut pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Yong didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, pada 7 Julai, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong yang akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok atas tuduhan merogol, dinasihat supaya bercuti daripada tugasan rasmi beliau, bagi menghormati proses undang-undang. Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu termasuklah tidak mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan, sehingga perbicaraan kes selesai.
Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung, Paul Yong Choo Kiong dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi esok, susulan dakwaan merogol seorang pembantu rumahnya, bulan lalu.
Kuasa boleh dakwa atau tidak adalah sepenuhnya di tangan AG.
Kenapa besar sangat kuasa AG?
Kena tanya Perdana Menteri ke-4, Mahathir Mohamad yang telah meminda Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Itu adalah fitnah. Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan, bagaimanapun akan melakukan siasatan,” kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop
Kelewatan dalam proses siasatan pastinya akan menjejaskan imej Malaysia, malah cara pihak polis dan kehakiman mengendalikan kes ini sedang diperhatikan dengan teliti oleh masyarakat antarabangsa.
Semalam, pada sidang Dewan Negara,
Mohamad Imran semasa berbahas di Dewan Negara mencadangkan undang-undang gangguan seksual diwujudkan bagi menjamin keselamatan golongan lelaki, sekali gus menjadikan negara aman.