Adakah kerajaan juga akan mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin kanan DAP yang disebut telah menerima rasuah dalam bentuk wang tunai dan kepentingan 10% projek terowong sepertimana terkandung di dalam kertas siasatan yang terbongkar itu?
Jika kertas siasatan yang dibongkarkan oleh RPK itu sekarang terbukti sahih maka adakah bukti-bukti dari dokumen yang sama bahawa pemimpin kanan DAP menerima rasuah serta 10% kepentingan dalam projek terowong juga adalah benar dan mereka sepatutnya didakwa seperti G Gnanaraja, pagi ini?
Seorang lelaki bergelar Datuk Seri dijangka didakwa di Mahkamah Shah Alam esok berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang - SPRM
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
“Suspek ditahan untuk melihat sejauh mana beliau terbabit dalam kes itu. SPRM juga sedang menyiasat kemungkinan kewujudan kes rasuah lain,” kata sumber.
Mereka juga menyiasat dokumen di dalam bilik tidur serta 2 kereta mewah, jam mewah, barang kemas, wang simpanan jutaan ringgit miliknya. Turut dibeku ialah akaun dikaitkan dengan Tan Sri Nadarajah.
SPRM membuat laporan polis susulan kebocoran kertas siasatan pendedahan penulis blog Raja Petra Kamarudin membabitkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan DAP.
Raja Petra Kamarudin: Terowong bawah laut Pulau Pinang yang panjangnya lebih kurang 7.2 km itu melibatkan sogokan yang berjumlah melebihi RM2.6 billion. SPRM telah...
Malaysia Today akan mendedahkannya satu per satu dokumen kes ini dalam masa beberapa hari lagi untuk membuktikan kerjasama jenayah antara Peguam Negara, SPRM dan pemimpin Pakatan Harapan yang menyembunyikan rasuah berkaitan dengan terowong bawah laut dan bukan itu sahaja, mereka juga menyembunyikan jumlah sogokan yang Guan Eng dan beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan telah terima. Tunggu sahaja dari kami di Malaysia Today.