“Jika dia boleh buat, kita boleh buat dan Pas boleh buat (himpunan), tapi Pas tak buat lagi. Pas memilih pendekatan cara damai dahulu, biarkan kepada orang lain yang nak buat itu buatlah. Kalau kita rasa perlu buat juga, Pas akan kerah untuk buat,” katanya yang dipetik menerusi Harakahdaily hari ini.
Pelbagai isu atan di wujudkan untuk dijadikan alasan rejim Pakatan Harapan untuk menghalang perhimpuan Perpaduan Umah pada 14 September nanti. Apa pun ketegasan KDN amat diperlukan dan dihargai tetapi hendaklah tegas sebelum wujud ketegangan bukan membiarkan dan kemudian dijadikan sebagai alasan.
Zakir turut sekali lagi menegaskan, bahawa kenyataannya dipetik di luar konteks sehingga beliau dituduh cuba mencetuskan ketegangan antara kaum di negara ini. Katanya, beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku sehingga menyebabkan orang bukan Islam menganggap dirinya sebagai seorang yang rasis.