Kerajaan boleh menafikan bahawa ada usaha menghalang pencarian kebenaran dalam kematian Adib, namun tingkah laku beberapa menteri dan Peguam Negara memberi isyarat yang sebaliknya kepada rakyat, terutamanya penjawat awam.
Ini kerana penarikan diri peguam itu juga bermaksud testimoni dari saksi pakar Forensik dari United Kingdom yang membantah teori dua ahli pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan jatuh dari kenderaan juga terbatal.