“Pada mulanya kami terima maklumat mengatakan ada kemalangan tetapi anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati mayat dalam keadaan meragukan.
Kerajaan boleh menafikan bahawa ada usaha menghalang pencarian kebenaran dalam kematian Adib, namun tingkah laku beberapa menteri dan Peguam Negara memberi isyarat yang sebaliknya kepada rakyat, terutamanya penjawat awam.
Apabila saksi Pakar HKL di panggil dan mula menyatakan bahawa kecederaan Adib besar kemungkinan akibat kemalangan maka keterangan ini mula meresahkan Kita dan menggembirakan pihak kuil.
Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.
Afidavit itu turut menyatakan pakar patologi forensik memberi keterangan dalam prosiding inkues bahawa kecederaan yang dialami Adib, sehingga membawa kepada kematiannya, bukan kecederaan akibat dipukul.
“Daun pintu EMRS sekali lagi diterajang menyebabkan dua lebam pada bahagian depan atas lengan kanan, manakala bahagian belakang kiri badan mangsa ditolak dengan kuat mengenai bahagian sisi menegak daun pintu menyebabkan patah tulang rusuk kiri posterior dan lebam paru-paru kiri,” katanya pada prosiding inkues hari ke-23, di Mahkamah Koroner, di sini hari ini.