Wednesday, November 30, 2022

‘Suruh bubar UMNO’, Kubur saya akan ‘banjir’ dikencing jika ikut arahan Dr M kata Zahid

Kubur saya akan “banjir” akibat dikencing ahli Umno sekiranya mengikut arahan Dr Mahathir Mohamad untuk membubarkan parti, kata Presiden Umno Zahid Hamidi.

Ketika berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Zahid mendakwa, beliau terpaksa membayar harga tinggi dengan dikenakan 87 pertuduhan rasuah selepas menolak arahan bekas Perdana Menteri itu, dan menyertai Bersatu, yang ketika itu dipimpin Mahathir sebagai pengerusi.

“Ketika itu saya baru jadi Presiden Umno enam bulan. Dia suruh saya jumpa, dia suruh saya bubarkan Umno.

“Saya kata Tun, saya tidak akan bubarkan Umno. Sebab kalau saya bubarkan Umno hari ni (lepas tu) besok saya meninggal dunia, kubur saya akan banjir.

“Kerana saya tak ikut arahan dia untuk tidak masuk Bersatu, kerana saya mempertahankan Umno, saya terpaksa membayar harga yang mahal dengan 87 pertuduhan,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini diketuai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden Umno, terdiri daripada Ahli Parlimen BN yang menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selepas Langkah Sheraton ketika menggulingkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Sejak itu, hubungan yang tegang antara Umno dan Bersatu akhirnya menyaksikan calon BN dan PN bertembung di semua 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, walaupun masih bersama di peringkat persekutuan.

Muhyiddin bahkan sebelum memulakan kempen rasmi mendesak pengundi Johor menolak Umno, dengan memetik “kluster mahkamah”, iaitu pemimpin yang didakwa dengan kes rasuah, termasuk Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Zahid, bagaimanapun, mengingatkan Muhyiddin bahawa dia menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir adalah kerana sokongan 43 Ahli Parlimen BN, termasuk dirinya dan Najib.

“Jangan lupa. Kalau tidak ada 43 (Ahli Parlimen) itu jangan harap dia pernah jadi PM. Abah kau! Jangan lupa jasa kita, jangan lupa jasa pemimpin Umno yang jadi Ahli Parlimen termasuk ‘Bossku’ (Najib) yang dia tak suka itu pun turut memberikan akujanji kepada dia.

“Bila dia dah jadi PM orang ni kluster mahkamah, orang ni orang ni kluster mahkamah. Siapa yang jadikan kita kluster mahkamah? Boss dia dulu, Perdana Menteri ketujuh,” kata Zahid.

Di Parit Yaani, Najib Samuri bertanding dalam pertandingan empat penjuru menentang calon PAS Ahmad Naufal Mahfodz, calon Pejuang Ridhauddin Mohd Tahir dan calon PH Aminolhuda Hassan.

Kubur saya akan ‘banjir’ dikencing jika ikut arahan Dr M bubar Umno, dakwa Zahid

Berkaitan