Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Suami orang lagi mantap, sihat berbanding lelaki bujang?

DENVER, Colorado – Perkahwinan bahagia menjadi kunci kepada kehidupan lebih panjang dan lebih sihat, demikian menurut satu kajian di  Amerika Syarikat (AS) seperti dilaporkan portal berita MailOnline semalam.

Kajian itu mendapati golongan bujang seumur hidup adalah lebih dua kali ganda berkemungkinan meninggal dunia akibat kegagalan jantung dalam tempoh lima tahun selepas didiagnosis berbanding lelaki yang sudah berkahwin.

Situasi itu berlaku kerana golongan yang tidak berkahwin  tidak mempunyai orang lain untuk  memantau kesihatan mereka.

Kesan serupa juga berlaku kepada golongan lelaki yang telah menjadi balu, bercerai atau berpisah.

Penemuan itu adalah berdasarkan analisis lebih  6,800 orang dewasa di  AS.

Ahli-ahli akademik dari Universiti Colorado mengambil data daripada kajian sedia ada yang melibatkan sejumlah orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas sebelum mengumumkan penemuan mereka itu.

Sebelum ini, beberapa kajian mendapati perkahwinan adalah baik untuk kesihatan manusia.

Pada tahun 2010, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati  berkahwin mampu mengurangkan risiko mengalami kemurungan dan kebimbangan berbanding golongan bujang – Agensi

Berkaitan