Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Spesies babi hibrid ditemui di Fukushima

FUKUSHIMA, JEPUN – Satu kajian mendapati kemusnahan di Fukushima akibat kebocoran loji nuklear yang berlaku pada tahun 2011 telah mewujudkan spesies babi hutan unik, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Fukushima, kesan radiasi tidak merosakkan genetik haiwan itu.

Sebaliknya, babi hutan di kawasan tersebut terus membiak selepas bebas berkeliaran kerana ketiadaan manusia.

Spesies tersebut membiak dengan babi tempatan yang terlepas ke kawasan berdekatan selepas para petani terpaksa berpindah keluar dari situ. Keadaan ini telah mewujudkan spesies kacukan baharu.

Menurut ketua penyelidik, Donovan Anderson, pasukannya telah menganalisis sampel-sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada 243 babi hutan, babi liar dan spesies hibrid haiwan itu.

Hasilnya menunjukkan bahawa 31 babi hutan atau 16 peratus daripada jumlah haiwan itu di zon berkenaan adalah terdiri daripada spesies hibrid.

“Kami menemui bukti bahawa proses kacukan berlaku antara babi tempatan dengan babi hutan.

“Kami mencadangkan agar penyelidikan pada masa akan datang dapat menilai kesesuaian dalam kacukan tersebut serta mengkategorikan ekologi khusus bagi haiwan itu,” ujarnya.

Bencana nuklear Fukushima yang disebabkan oleh tsunami dan gempa bumi pada tahun 2011 telah memusnahkan kediaman milik 450,000 penduduk serta mengakibatkan reaktor nuklear di Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi musnah. – AGENSI

Berkaitan