[Skandal RM1.4 B] KSU sabotaj Salahuddin?

Lain macam tuduhan ini, harap tuduhan ini dapat membersihkan nama Menteri Asas Tni itu. Tapi ada sesuatu yang menjelekkan pula, sebab bila terbongkar isu panas, mulalah tuduh menuduh makin menjadi-jadi.

Mungkin isu ini bakal menjadikan imej Menteri dan Amanah akan lebih buruk dah huduh, maka perancangan untuk menjawab isu (Nafas) perlulah dilakukan dengan teliti.

Menurut sumber, akan ada pembongkaran lain, minggu ini beri geng-geng yang terpalit skandal ini menjawab dengan pelbagai macam rupa.

Jawapan bayaran hotel selama sebulan di Pontian pun mereka tidak jawab satu apa pun lagi.

KSU sabotaj Salahuddin?

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mendedahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah mensabotaj Datuk Seri Salahuddin Ayub berhubung isu tender bernilai RM1.4 bilion.

Perkara itu didedahkan beliau menerusi Facebook.

Normah Yusof, Ahli Jemaah Pengarah Nafas menerusi Facebook berkata: “KSU bawak naik tender baja tanpa pengetahuan menteri, lepas tu bila dapat ke syarikat Cina, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) merayu kepada Menteri MOA dan MOF untuk dapatkan tender baja tu kerana jika tak dapat ianya memberi kesan besar kepada perjalanan Nafas sebagai induk pertubuhan peladang yang punya 900 ribu ahli.

“Menteri MOA pun tulis kepada PM mohon supaya tender diberi kepada Nafas. Tapi sampai sekarang Nafas tak dapat pun surat tawaran tender yang dikatakan 1.4 bilion tu.

“Yang bagi maklumat tu KSU la. KSU ni kerja dia sabotaj je. Patut dia membantu menteri bukan sabotaj,” tulis Normah.

Isu pemberian tender ini dicetuskan oleh , Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendakwa tiga kontrak bernilai lebih RM1 bilion dibatalkan selepas kementerian dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) secara rundingan terus.

BACA: http://Tender: Ada pegawai sabotaj Salahuddin – Khalid

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad mendakwa ada dalam kalangan pegawai kementerian cuba mensabotaj menteri dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Salahuddin. – MalaysiaGazette

Terkini

Berita Berkaitan