Sunday, March 26, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Siapa pulak tu? Disyaki rogol remaja, penceramah popular direman 5 hari

Polis menahan seorang penceramah bebas popular kerana dipercayai terbabit kes rogol remaja perempuan berusia 14 tahun.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi Subramaniam, suspek berusia 30-an ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang semalam.

Katanya, suspek kemudian direman lima hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kebenaran reman itu diperoleh dari Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek dijalankan,” katanya menurut Berita Harian,

Beliau berkata, sebelum itu polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada remaja perempuan terbabit pada 11.15 malam, 16 Julai lalu.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan suspek yang juga warga tempatan sejak Mei tahun lalu.

“Bermula daripada perkenalan itu, pengadu dan suspek beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza.

“Polis setakat ini telah membuka empat kertas siasatan iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu sama,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/19/disyaki-rogol-remaja-penceramah-popular-direman-5-hari/

Berkaitan