Sedih! Lelaki sebak bertemu semula kucingnya yang telah hilang lebih 7 tahun

Kehilangan kucing boleh mematahkan hati. Ia betul-betul masalah yang pencinta kucing tidak mahu untuk mengalaminya. Robert yang kehilangan kucing kesayangannya beberapa tahun yang lalu ketika ingin berpindah ke Ohio dari California.

Apabila kucingnya tiba-tiba hilang, dia segera memulakan pencarian dan memutuskan untuk tinggal di California untuk setahun lagi dengan harapan dia dapat menemui kucingnya. Tapi malangnya, kucingnya tidak dapat ditemui..

Anda boleh bayangkan betapa terkejutnya Robert apabila selepas 7 tahun dia menerima satu panggilan telefon mengenai kucingnya..

Dipendekkan cerita, Robert yang sudah pun menetap di Ohio dan mungkin sudah menerima kenyataan yang dia tidak akan bertemu semula dengan kucingnya yang bernama Chebon.. Tapi satu hari, dia menerima panggilan telefon yang mengubah segala-galanya.

Rupa-rupanya seorang wanita bernama Gena menemui kucing yang kelihatan s4kit dan membawanya ke veterinar untuk rawatan. Ketika itulah mereka menyedari yang kucing berusia 19 tahun ini mempunyai mikrocip. Dari mikrocip inilah mereka boleh mengesan Robert dan dengan segera menelefonnya.

Kata Robert,

“Saya mengaku yang saya risau ianya mungkin satu kesilapan…”

Tapi Robert tidak membazirkan masa terus mengambil penerbangan ke Los Angeles dengan harapan dia dapat bertemu semula dengan Chebon.

Pertemuan ini dirakamkan dan video tersebut dikongsikan oleh Ventura County Animal Services pada facebook page mereka. Tidak lama untuk video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen mengatakan yang mereka menangis melihat momen pertemuan semula ini.

Sumber: https://themamamiaow.com/

Terkini

Berita Berkaitan