Saturday, March 25, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

[Sangat Panas] Syed Saddiq beri amaran, akan serang D4P dan kepimpinannya sekiranya Ronnie Liu tidak didisiplinkan

PETALING JAYA: Pemuda PPBM beri tempoh seminggu kepada DAP untuk mendisiplinkan ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti itu, Ronnie Liu dan jika tiada tindakan diambil, ia akan bebas menyerang semua pemimpinnya, susulan kenyataan mengatakan Pakatan Harapan tidak perlukan PPBM.

“Pemuda PPBM seluruh negara tidak akan teragak-agak untuk bertindak atas serangan biadap ini. Jika pimpinan DAP tidak lakukan apa-apa, Pemuda PPBM akan bebas menyerang pimpinan DAP, termasuk pimpinan tertinggi,” kata Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sayap parti Bumiputera itu menjawab laporan yang memetik Ronnie berkata DAP, PKR, Amanah, Warisan dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) mempunyai kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan tanpa PPBM, sekiranya gabungan itu berpecah kerana tindakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mendakwa Mahathir mahu meneruskan model Barisan Nasional iaitu sebuah parti berasaskan Melayu menguasai gabungan itu.

“Kenyataan Ronnie Liu yang mengatakan PH tidak perlukan PPBM kenyataan yang biadap dan tidak menghormati keharmonian antara parti dalam PH.

“Pemuda PPBM seluruh Malaysia mendesak DAP untuk mendisiplinkan Ronnie Liu atas kebiadapan ini,” katanya.

FMT

Berkaitan