Thursday, October 5, 2023

Panas! Sanusi kata Kedah boleh lebih maju dari Selangor jika ada KL berhampiran

Menteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md...

Akhirnya kereta terbang memang wujud, tempahan kini dibuka kepada umum..

SAN MATEO, CALIFORNIAĀ  –  Sebuah syarikat pengeluar...

Padah buka jaket keselamatan kerana nak berswafoto, remaja Yaman mati lemas

LANGKAWI — Tindakan seorang pelancong warga Yaman membuka jaket keselamatan semasa berada di atas jetski mengundang padah apabila beliau matiĀ  lemas dalam kejadian di Pantai Chenang, di sini pagi tadi.

Ketika kejadian yang kira-kira 11.15 pagi itu, Al Shabibi Ibrahim Manueer, 17, dikatakan membuka jeket keselamatan dan berswafoto diatas jetski tersebut sebelum terjatuh akibat dipukul ombak.

Pegawai Bencana Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata kejadian tersebut disedari pengguna jetski lain yang kemudian membawa lelaki itu ke pantai.

ā€œMangsa telah dibawa ke Menara Penyelamat Pantai Chenang dan diberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) oleh anggota penyelamat pantai APM Daerah Langkawi namun gagal diselamatkan,ā€ katanya di sini hari ini.

Azamshah berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha dan disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital tersebut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. — Bernama

Berkaitan