Reformasi Pilihanraya sangat pelik, mengapa pula idea ini muncul setelah PH kalah teruk di Tanjung Piai

Mana tak pelik, sejak zaman BN, PRK diadakan sebab nak cari pemimpin baharu yang kita tahu undi datangnya dari rakyat. Tidak terlintas pun masa tu nak buat suka-suka berkenaan Pilihanraya.

Adakah sebab takut kalah jadi terpaksa lakukan satu perkara yang diluar jangkaan? Menurut sumber, sekalipun idea untuk memansuhkan PRK Parlimen, sokongan 2/3 dalam parlimen diperlukan untuk sistem ini dipersetujui.

Kalau tidak dapat sokongan 2/3, buat habis air liur sahaja, ia nampak macam PH ketakutan sejak kekalahan teruk di Tanjung Piai, kata siap buat servey dengan rakyat, yang katanya golongan atasan dan pertengahan tetap menyokong PH, jadinya PH masih kuat.

Jadi persoalannya, untuk apa jadi penakut teruk sangat? Pelik-pelik sejak PH ini memerintah, segalanya pelik bin ajaib.

Bacaan dibawah ini

Reformasi sistem pilihan raya sungguh pelik

Cadangan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya Pilihan Raya Kecil (PRK)  tidak diadakan lagi selepas reformasi sistem pilihan raya adalah pelik sungguh.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bertanya, adakah cadangan ini susulan kekalahan teruk PH di Tanjung Piai dengan majoriti undi 15,086, juga kekalahan Pakatan Harapan di PRK Rantau, Cameron Highlands dan Semenyih.

Soalnya, adakah ini yang dimaksudkan dengan demokrasi era pemerintahan PH apabila pengundi tidak lagi diberikan kuasa untuk memilih wakil rakyat mereka sendiri selepas berlakunya kekosongan kerusi.

Ahli Parlimen Ayer Keroh itu bertanya mengapa Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) ini tidak memberikan fokus terhadap perundangan dalam pilihan raya, misalnya ‘gula-gula pilihan raya’.

“Bukankah ini pernah diperjuangkan PH bagi memastikan pilihan raya dapat dijalankan secara bersih, adil dan telus?,” tanya beliau.

Secara sinis, Ka Siong mengucap tahniah kepada Abdul Rashid yang membuat cadangan tersebut.

Katanya, Abdul Rashid adalah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebuah parti komponen di dalam Pakatan Harapan.

Menurut beliau, nampaknya, di bawah Malaysia Baharu, Malaysia merupakan satu-satunya negara tunggal di dunia yang mana pengerusi reformasi pilihan raya berasal dari parti pemerintah yang mengesyorkan pemansuhan PRK dan terus digantikan dengan parti yang menang di PRU. – MalaysiaGazette

Terkini

Berita Berkaitan