Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

[Realiti] Kadar pengangguran kekal tinggi pada 4.8%

PETALING JAYA: Kadar pengangguran di negara ini kekal tinggi sejak suku kedua tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ia meningkat kepada 772,000 dari Januari hingga Mac tahun ini, berbanding 547,000 pada tempoh sama tahun lalu, kata Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin.

Seiring itu, kadar pengangguran meningkat 1.3% tahun ke tahun kepada 4.8%.

Ini menyebabkan tenaga kerja – mereka yang boleh bekerja tetapi tidak semestinya mempunyai pekerjaan – meningkat 1.4%, dengan 16.01 juta individu, berbanding 15.79 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Dalam tempoh sama, tenaga kerja luar meningkat 2.1% kepada 7.32 juta orang.

Dalam kenyataan, Uzir berkata, dalam hal permintaan tenaga kerja, pelaksanaan pelbagai sekatan pergerakan sejak Januari menyaksikan lebih banyak aktiviti ekonomi secara beransur-ansur disambung semula.

Oleh itu, permintaan untuk tenaga kerja pada suku berkenaan menurun dengan kadar yang lebih rendah, sebanyak 1.5%, dengan mencatat 8.44 juta pekerjaan, berbanding suku pertama tahun lalu dengan 8.57 juta pekerjaan.

“Walaupun perniagaan bergelut untuk bertahan semasa wabak, kekosongan pekerjaan dalam sektor ekonomi meningkat 12,000 kepada 178,000, menunjukkan permintaan lebih tinggi berbanding suku sama tahun sebelumnya,” kata Uzir.

Kata beliau, 17,000 pekerjaan dicipta, dengan lebih separuh daripadanya dalam kategori separuh mahir.

Secara purata, katanya, terdapat 27,409 jawatan kosong diiklankan setiap bulan sebelum wabak Covid-19 melanda.

“Bagaimanapun, jumlah iklan jawatan kosong dalam talian menunjukkan trend menurun sejak Januari tahun lalu, menandakan impak buruk wabak dan sekatan berkaitan,” kata beliau.

Kata Uzir, secara keseluruhan, senario pasaran kerja pada suku pertama tahun ini tidak kembali kepada keadaan sebelum era Covid-19.

Pusingan terbaru perintah kawalan pergerakan (PKP) dan lonjakan kes Covid-19 katanya, mencetuskan cabaran baharu, dan mungkin akan memanjangkan situasi buruk yang dihadapi perniagaan ke suku kedua tahun ini.

“Ini mungkin mengakibatkan gangguan terhadap momentum pemulihan pasaran buruh,” kata beliau.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/21/kadar-pengangguran-kekal-tinggi-pada-4-8/

Berkaitan