Rakyat gaji tinggi, sederhana masih sokong PH menurut kajian

Tahniah diucapkan buat Pakatan Harapan, walaupun di PRK Tanjung Piai mengalami kekalahan paling teruk dengan 15 ribu undi, menurut kajian mengatakan sokongan daripada golongan berpendapatan tinggi dan sederhana masih menyokong PH.

Nampaknya Muafakat Nasional perlu bekerja keras, kajian ini membuktikan tidak syak lagi apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan untuk menjaga kesejahteraan rakyat semakin mendapat perhatian dan sokongan tetap utuh.

Jadi tuduhan PH sebagai kerajaan sepenggal juga tidak logik, mana mungkin akan kalah sekiranya sokongan masih kuat dan utuh.

Peralihan kuasa juga memperlihatkan Tun Mahathir tetap menjadi pilihan sebagai Perdana Menteri, biarkan sahaja PM kita memegang kuasa sehingga PRU15, selepas itu barulah fikirkan siapa layak mengantikannya.

Berkenaan Anwar Ibrahim, agak sukar untuk menilai, nasibnya untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 mungkin hanyalah bakal selamanya, ataupun nasib yang baik untuk peralihan kuasa yang dijanjikan berjalan lancar.

Jadi terpulang untuk rakyat, memilih Pakatan Harapan lagi sekali untuk memerintah sekiranya menang PRU15 nanti.

Hanya demokrasi menentukannya.

Bacaan di Sinar Harian dibawah ini

Rakyat berpendapatan tinggi, sederhana sokong PH

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana, menurut kaji selidik yang dilakukan oleh Emir Research.

Golongan yang berpendapatan rendah pula cenderung menyokong UMNO dan Pas.

Kaji selidik itu mendedahkan lebih separuh daripada mereka yang berpendapatan RM3,001 hingga RM5,000 (51 peratus) dan melebihi RM5,000 (52 peratus) menyokong PH manakala hanya 40 peratus yang pendapatan kurang daripada RM3,000 memilih gabungan pemerintah.

Mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, 45 peratus memilih UMNO dan Pas.

Bagi golongan berpendapatan antara RM3,001 hingga RM5,000, hanya 31 peratus menyokong UMNO dan Pas dan 36 peratus di kalangan mereka yang berpendapatan RM5,000 dan ke atas.

Dalam pada itu, mereka yang berkelulusan ijazah lebih cenderung memilih PH, (56 peratus) berbanding diploma (48 peratus) memilih UMNO dan Pas.

Kajian itu juga menunjukkan 48 peratus penduduk di kawasan bandar memilih PH manakala 32 peratus penduduk luar bandar memilih UMNO dan Pas.

Tinjauan itu juga mendapati PH kekal popular di kalangan orang Cina (64 peratus) dan India (53 peratus) berbanding orang Melayu (33 peratus).

Pakatan UMNO dan Pas pula menarik lebih banyak sokongan Melayu (53 peratus) berbanding Cina (12 peratus dan India (24 peratus).

Menurut Emir Research, ini jelas memperlihatkan PH mempunyai banyak kerja bagi menutup jurang dengan Muafakat Nasional berhubung sokongan Melayu.

Baca selanjutnya
https://www.sinarharian.com.my/article/61675/BERITA/Politik/Rakyat-berpendapatan-tinggi-sederhana-sokong-PH

Terkini

Berita Berkaitan